Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sidang DUN Sarawak 2022
Terdapat 107 pemilih luar negara untuk PRU-15 bagi kerusi Parlimen Sarawak

Kuching diiktiraf dalam Rangkaian Bandar Kreatif UNESCO

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 9 Nov: Kuching telah disenaraikan sebagai salah satu daripada 49 bandar baharu dalam Jaringan Bandar Kreatif Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan dan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata , bandar raya ini berjaya mendapatkan tempat dalam jaringan itu sekaligus menggalakkan kerjasama antara bandar yang meletakkan kreativiti sebagai faktor utama dalam pembangunan bandar mereka.

“ Saya dengan bangganya kami ingin berkongsi bahawa Kuching telah disenaraikan sebagai salah satu bandar kreatif dalam UNESCO di bawah kategori gastronomi.

“Ini akan menjadi satu titik pemasaran yang baik untuk sektor pelancongan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media sempena Festival Muzik dan Seni Antarabangsa Sarawak di Bangunan Baitulmakmur 2 di sini hari ini.

Tambah Abdul Karim, Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) pada April tahun ini telah memohon Kuching diiktiraf sebagai ‘bandar kreatif gastronomi’ di bawah Jaringan Bandar Kreatif UNESCO.

Selain gastronomi, enam bidang kreatif lain di bawah jaringan ini ialah kraf dan seni rakyat, reka bentuk, filem, sastera, seni media dan muzik. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan