Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Hilang ketika memancing, lelaki warga emas dikhuatiri lemas

SIBU, 9 Nov: Seorang lelaki warga emas dikhuatiri lemas selepas pergi memancing di Sungai Lebaan, Tanjung Manis, kira-kira 30 kilometer dari sini.

Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat Sibu Sentral, Suna Kahar berkata, mangsa yang dikenali sebagai Iing Chung Kiew berusia 60 tahun telah keluar memancing pada jam 10.00 malam Ahad bersama rakannya yang dikenali sebagai Johny Sia.

“Pihak kami dari Balai Bomba Dan Penyelamat Sibu Sentral telah menerima satu aduan pada jam 3.41 petang semalam (8 Nov)  mengenai seorang warga emas yang dilaporkan hilang dan dikhuatiri lemas di sungai lebaan kira-kira 30 kilometer daripada Sibu.

“Berdasarkan maklumat yang diterima, mangsa dikatakan telah pergi memancing bersama seorang rakan di sungai tersebut. Pada jam 10 pagi hari Isnin, rakan memancing mangsa telah menghubungi isteri mangsa.

”Rakan mangsa memberitahu bahawa mangsa dipercayai lemas semasa mengambil barang yang tertinggal di seberang sungai iaitu tempat suaminya memancing,” jelas Suna.

Tambah beliau, rakan mangsa kemudian berpatah balik ke kawasan memancing dengan menaiki bot berseorangan, pada lewat malam.


Isteri mangsa bersama rakan suaminya kemudian pergi ke tempat kejadian, namun gagal menemui mangsa di situ memaksa mereka membuat aduan kepada polis untuk meminta bantuan mencari mangsa


Menurut Suna, Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) yang diaktifkan pada jam 4.15 petang semalam (8 Nov) terpaksa ditangguhkan atas faktor cuaca dan kedaann yang gelap mulai jam 6.15 petang dan disambung hari ini.

Dalam laporan polis yang dibuatnya, isteri mangsa, 52 menyatakan suaminya dilihat kemeja T berwarna biru terang dan berseluar jeans ketika turun memancing iaitu kali terakhir beliau berjumpa suaminya.

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan

No data was found