Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

SUPP kekalkan tujuh penyandang pada PRN ke – 12

KUCHING, Nov 8 : Senarai calon yang terdiri daripada muka baharu dan lama dari Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) telah diserahkan kepada Presiden Gabungan Parti Sarawak (GPS) , Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Presiden SUPP , Dato Sri Dr. Sim Kui Hian berkata, seramai tujuh penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) juga akan turun untuk mempertahankan kerusi masing-masing dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-12 Sarawak.

“Sebelum nama-nama tersebut diserahkan, perbincangan parti berlansgung dan yang pasti, seramai tujuh penyandang akan bertanding semula pada PRN kali ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri Majlis Pelancaran Batu Kawah Riverbank Park di sini hari ini.

Selain mengesahkan dirinya yang akan mempertahankan kerusi DUN Batu Kawah, enam calon lain ialah Setiausaha Agung SUPP, Datuk Sebastian Ting di Piasau, Naib Presiden, Dato Lee Kim Shin (Senadin), Datuk Ding Kuong Hiing (Meradong), Dato Sri Huang Tiong Sii (Repok), Datuk Francis Harden Hollis (Simanggang) dan Lo Khere Chiang (Batu Kitang) juga dikekalkan.

Kerusi tradisi yang ditandingi SUPP adalah Opar, Padungan, Pending, Batu Lintang, Kota Sentosa, Batu Kitang, Batu Kawah, Mambong, Simanggang, Engkili, Repok, Meradong, Bukit Assek, Dudong, Bawang Assan, Pelawan, Tanjung Batu, Piasau, Pujut dan Senadin. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan