Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
JASIN, 8 Nov -- SOP ... Suasana di pekarangan pusat penamaan calon bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N10 Asahan di Pusat Penamaan Calon, Dewan Besar Kolej Komuniti Selandar hari ini. Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang bermula hari ini dengan proses penamaan calon di 28 pusat penamaan, menyaksikan suasana norma baharu dalam perjalanan pilihan raya di negara ini. --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

Proses Penamaan Calon PRN Melaka berlangsung dalam suasana norma baharu

ByFirdaus Ismail

MELAKA, 8 Nov : Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-15 bermula hari ini dengan proses penamaan calon berlangsung dalam suasana norma baharu di 28 pusat penamaan yang akan dibuka pada pukul 9 pagi.

Proses penyerahan kertas penamaan calon akan ditutup sejam selepas itu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah membuat persiapan rapi di semua pusat penamaan calon itu yang akan menyaksikan prosedur operasi standard (SOP) ketat dilaksanakan bagi membendung penularan pandemik COVID-19.

Setakat ini, lima parti iaitu Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN), Pakatan Harapan (PH), Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) dan Parti Perikatan India Muslim Nasional (IMAN) serta seorang calon bebas, telah menyatakan hasrat bertanding merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka.

Dijangka seramai 91 calon akan mengemukakan borang pencalonan.

–BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan