Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
KUCHING, 8 Nov -- Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg (dua, kanan) menyaksikan pertukaran dokumen antara Menteri Muda Hal Ehwal Islam dan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) Datuk Dr Abdul Rahman (kanan) dan Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Ts Dr Mohd Ekhwan Toriman (dua, kiri) pada Majlis Penyerahan Memorandum Perjanjian Kursi Sheikh Othman Sarawak di Wisma Bapa Malaysia hari ini. Turut kelihatan, Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak Datu Misnu Taha (kiri). --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

Penubuhan Kursi Sheikh Othman perkasakan sosioekonomi Islam – Abang Johari

KUCHING, 8 Nov : Kursi Sheikh Othman Sarawak yang ditubuhkan oleh Kerajaan Sarawak dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dapat merealisasikan hasrat negeri ini untuk memperkasakan sosioekonomi masyarakat Islam.

Ketua Menteri , Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata , dengan penglibatan UKM, ia juga dilihat mampu membantu dalam melonjakkan citra, kemampanan dan kemajuan Sarawak sebagai sebuah wilayah terpenting dalam Persekutuan Malaysia.

“Jaringan dan pengukuhan dengan sebuah institusi nasional seperti UKM ini diharap dapat melestarikan konsep pembangunan menyeluruh dan bersepadu Sarawak bukan hanya dalam aspek pembangunan fizikal tetapi juga merentasi konsep pembangunan idea, penciptaan ilmu baharu dan perkongsian pintar.

“Justeru, penubuhan Kursi Sheikh Othman Sarawak di UKM merupakan manifestasi kepada gagasan besar negeri Sarawak dalam sektor pendidikan,” katanya ketika berucap pada majlis penyerahan memorandum perjanjian (MoU) Penubuhan Kursi Sheikh Othman antara Kerajaan Sarawak dengan UKM di sini, hari ini.

Menteri Muda Hal Ehwal Islam Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi mewakili kerajaan negeri dalam majlis penyerahan itu sementara UKM diwakili Naib Canselornya Prof Dr Mohd Ekhwan Toriman.

Abang Johari berkata menyedari penguasaan ilmu merupakan kemuncak kepada pencapaian tamadun sesebuah bangsa dan negara, maka kerajaan negeri telah merangka pelbagai pelan yang menjurus kepada penguasaan ilmu pengetahuan.

 “Penguasaan ilmu pengetahuan ini turut diperkasakan dengan memberikan tumpuan terhadap ilmu-ilmu terkini yang boleh dimanfaatkan bagi mencipta teknologi, inovasi dan pembangunan insan dalam kerangka pembangunan semasa Tamadun Digital.

“Maka, Kursi Sheikh Othman Sarawak yang ditubuhkan ini merupakan antara kaedah tuntas yang digerakkan oleh kerajaan Sarawak dan Majlis Islam Sarawak dalam menyokong sebarang usaha dan prakarsa ke arah penguasaan ilmu pengetahuan,” katanya.

Nama Kursi Sheikh Othman Sarawak diambil bersempena dengan nama seorang ulama iaitu Sheikh Othman Abdul Wahab yang banyak memberikan sumbangan dalam perkembangan Islam di Bumi Kenyalang.

Dilahirkan di Kuching pada 1863, beliau merupakan ulama terkenal yang sezaman dengan Tok Kenali dari Kelantan dan Sheikh Abdullah Fahim dari Pulau Pinang.

— BERNAMA

Tags: #bm, sarawak

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan