Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
KUCHING, 8 Nov -- Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg ketika gimik perasmian Pembukaan Batu Kawah Riverbank Park di sini hari ini. --fotoBERNAMA (2021) HAKCIPTA TERPELIHARA

Penduduk Batu Kawah diminta nilai perubahan dibawa GPS

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUCHING, 8 Nov: Penduduk di Batu Kawah diminta melihat dan menilai hasil perubahan yang telah dibawa oleh pentadbiran kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS), di kawasan itu.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan , Dato Sri Dr. Sim Kui Hian berkata, kerajaan negeri telah memperuntukkan RM300 juta untuk membangunkan Batu Kawah menerusi projek pembangunan berfasa untuk kesejahteraan rakyat.

Menurut Dr. Sim, GPS telah membuktikan kesungguhan dalam memacu pembangunan di kawasan berkenaan dan sekiranya pembangkang diberi mandat, tidak mungkin kawasan itu akan dapat dimajukan.

” Sebagai contoh, pada hari ini kita melihat fasa satu dan dua untuk projek Taman Riverbank dan akan dilengkapkan sehingga fasa kelima,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Batu Kawah Riverbank Park oleh Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg di sini hari ini.

Batu Kawah Riverbank Park merupakan sebuah projek warisan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Kawah sama seperti Jambatan Datuk Chong Kiun Kong yang siap dibina pada 1994 yang menjadi pemangkin kepada pembangunan ekonomi di kawasan itu.

Mengulas lanjut, Dr. Sim yang pertama kali dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kawah pada Pilihan Raya Negeri Ke-11 Sarawak 2016 berkata, projek ini tidak akan dapat dilaksanakan tanpa sokongan pengundi di kawasan tersebut.

“ Saya perlu berterima kasih kepada pengundi di Batu Kawah kerana mempercayai dan menyokong saya pada PRN Sarawak 2016. Sepanjang lima tahun kebelakangan ini, melalui pusat khidmat saya, sokongan rakyat Batu Kawah dan pembiayaan kerajaan, Batu Kawah telah mengalami perubahan yang amat ketara,” ujar beliau.

Pada masa sama, menurut Dr. Sim, beliau menyedari Batu Kawah masih menghadapi banyak masalah kekurangan infrastruktur awam dan kini sedang diselesaikan.

“Terdapat keperluan projek seperti Jambatan Batu Kawah kedua dan projek tebatan banjir di Desa Wira dan generasi kedua di sini tidak mampu memiliki rumah dan oleh itu lebih banyak rumah mampu milik perlu dibina,” katanya.

Sementara itu, Dr. Sim berkata, projek Batu Kawah River Bank Park itu sepatutnya menjadi projek bersama antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan tetapi Putrajaya di bawah Pakatan Harapan memutuskan untuk menahan pembiayaan pada 2018.

” Sungguhpun begitu, Ketua Menteri memutuskan untuk meneruskan pelaksanaan projek dengan meluluskan tambahan peruntukan berjumlah RM5 juta,” katanya.

Beliau turut meluahkan penghargaan kepada Abang Johari kerana memberi nafas semula kepada projek tersebut sekaligus membolehkan Sarawak menjana lebih banyak hasil untuk meningkatkan pembangunan di sini. -TVS

Tags: batukawah

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan