Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
KUCHING, 8 Nov -- Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg ketika membuat lawatan selepas perasmian pembukaan Batu Kawah Riverbank Park hari ini. --fotoBERNAMA (2021) HAKCIPTA TERPELIHARA

KM: Pelan induk jadikan Batu Kawah bandar satelit

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUCHING, 8 Nov : Kerajaan negeri yang ditadbir Gabungan Parti Sarawak (GPS) mempunyai pelan induk untuk menjadikan Batu Kawah sebagai bandar satelit di negeri ini.

Pengerusinya, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, menerusi pelan induk berkenaan, ia akan memacu pertumbuhan kawasan itu malah akan membawa limpahan pembangunan hingga ke Bau.

Ujar beliau, ini seterusnya akan ‘memunculkan’ satu lagi destinasi pelancongan terbaharu di Sarawak dengan Batu Kawah akan menjadi laluan penting.

” Kita boleh laksanakan projek ini termasuk Batu Kawah Riverbank Park kerana keadaan negeri yang aman dan stabil. Oleh itu, kita berkeupayaan membangunan Sarawak walaupun mempunyai latar belakang pelbagai etnik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan pelancaran projek berkenaan di sini hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan , Dato Sri Dr. Sim Kui Hian yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kawah.

Mengulas lanjut, Abang Johari berkata, berpandukan kemudahan infrastruktur yang lebih baik, beliau percaya orang ramai akan datang ke kawasan itu untuk pelaburan dan pembangunan hartanah yang rancak akan berlaku.

“Pembangunan projek ini bagi fasa tiga, empat dan lima akan berterusan sekiranya GPS diberi mandat untuk mentadbir dan membawa transformasi selanjutnya,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai prestasi Dr. Sim, Abang Johari berkata, wakil rakyat berkenaan telah berkhidmat dengan baik kepada pengundinya sejak beliau dipilih pada Pilihan Raya Negeri Ke-11 Sarawak pada 2016.

Justeru, beliau menyeru pengundi di Batu Kawah untuk terus menyokong GPS dan calonnya pada pilihan raya negeri akan datang. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan