Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Kerajaan Sarawak iktiraf dan bantu pendidikan Cina di negeri ini – Abang Johari

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUCHING, 8 Nov : Kerajaan Sarawak tidak pernah meminggirkan pendidikan masyarakat Cina di negeri ini, kata Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Ujar Abang Johari, ini kerana setiap tahun kerajaan negeri telah meluluskan peruntukan berjumlah RM10 juta setiap tahun kepada sekolah Cina di Sarawak.

” Sebenarnya kita berasa bertuah kerana mempunyai pelbagai pendekatan dalam mengangkat kualiti sistem pendidikan negeri termasuklah menerusi pendidikan di sekolah Cina,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan ketika merasmikan pembukaan Batu Kawah Riverbank Park di sini hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Dato Sri Dr. Sim Kui Hian.

Mengulas lanjut, Abang Johari berkata, ia merupakan satu kerugian sekiranya kita tidak mengiktiraf serta menjaga kebajikan sekolah -sekolah Cina.

” Sebenarnya, negara – negara yang mutu pendidikan mereka diiktiraf terbaik di dunia seperti Singapura dan Australia turut mengiktiraf pelbagai saluran pendidikan yang sangat penting untuk membentuk modal insan berkualiti kepada kemajuan negara,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan