Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Parti liar Kuching: Pegawai polis dan gadis 16 tahun antara ditahan

KUCHING, Nov 7: Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor dan pelajar perempuan berusia 16 tahun merupakan antara 14 individu yang ditahan dalam serbuan di sebuah parti liar baru-baru ini.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail berkata, polis turut menahan sembilan lelaki dan lima wanita ketika serbuan dilakukan di sebuah unit pangsapuri di Jalan Batu Kawa , kira-kira pukul 10 pagi pada 3 November lalu.

“Dalam operasi dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) , Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak itu, seorang anggota polis berpangkat Koperal dan seorang penolong pegawai kesihatan turut ditahan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau memberitahu, polis turut merampas dadah jenis ketamin seberat 14.57 gram , 14 biji pil ekstasi dan lima biji pil Eramin.

Menurut Aidi, hasil ujian saringan awal air kencing mendapati kesemua yang ditangkap positif dadah Methaphetamine dan Amphetamine.

Tambah beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Seksyen 12(2) ADB 1952 dan Seksyen 15(1) ADB 1952.

Kesemua suspek kini direman di lokap Siburan dan Baratok, Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan sehingga 8 November 2021. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan