Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Kes hukuman mati: Ismail Sabri mohon Singapura ringankan hukuman

KUALA LUMPUR, 7 Nov : Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob difahamkan telah mengutuskan surat kepada rakan sejawatannya di Singapura , Lee Hsien Loong, bagi meringankan hukuman kes melibatkan seorang rakyat Malaysia yang dijadualkan menjalani hukuman gantung kerana mengedar dadah.

Bernama hari ini difahamkan bahawa Perdana Menteri telah meminta kerajaan Singapura untuk kemungkinan menangguhkan hukuman tersebut dan mengemukakan permohonan baharu Pengampunan Presiden Singapura bagi kes melibatkan D. Nagaenthran.

Nagaentharan, 33, yang didakwa peguamnya sebagai seorang kurang upaya pembelajaran ditahan pihak berkuasa Singapura pada 22 April 2009 atas kesalahan penyeludupan 42.72 gram dadah jenis diamporphine dan dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Singapura pada 22 November 2020.

Proses rayuan melalui mahkamah telah pun dibuat sehingga ke peringkat akhir, iaitu melalui permohonan Pengampunan Presiden Singapura namun ditolak pada 1 Jun 2020.

Hukuman mati itu dijadualkan dilaksanakan pada 10 November.

— BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan