Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Calon baharu atau lama,GPS bersedia hadapi PRN

ByYusuf Shukri

KUCHING, 8 Nov : Gabungan Parti Sarawak (GPS) yakin mengenai kredibiliti calon-calonnya untuk bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-12, kata Menteri Pelancongan, Kesenian dan Budaya Malaysia, Dato’ Sri Nancy Shukri.

Nancy yang juga Naib Ketua Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) menambah, beliau turut yakin parti itu akan menampilkan calon-calon terbaik untuk bertanding dalam PRN akan datang.

“Tidak menjadi masalah sama ada penyandang sedia ada akan dikekalkan atau parti melakukan perubahan dengan menampilkan muka baharu.

“GPS bersedia untuk mengharungi Pilihan Raya Negeri yang akan datang kerana persiapan sudah dilakukan sebelum pembubaran Dewan Undangan Negeri lagi,” katanya kepada TVS selepas majlis pelancaran program Bicara Sejarah Sarawak yang diadakan di salah sebuah hotel terkemuka di sini.

Jelasnya lagi, GPS sering berkomunikasi dengan rakyat secara fizikal dan juga melalui bantuan-bantuan yang telah disalurkan.

“Saya tahu mengenai persiapan yang dilakukan oleh GPS kerana saya merupakan ahlinya, dan saya dapat lihat, banyak inisiatif telah dilakukan untuk membantu rakyat walaupun ada banyak kekangan disebabkan oleh penularan wabak COVID-19

“Namun kita masih lagi melaksanakan tanggunjawab kita, dan sentiasa memberi perkhidmatan kepada rakyat kerana ini adalah usaha yang berterusan,” tambah Nancy.

Beliau juga berkata, jika ada calon baharu yang dinamakan untuk menggantikan yang lama, maka GPS juga sudah bersedia. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan