Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Kerajaan Sarawak peruntuk lebih RM600 juta bina benteng laut

ByLuqman Muhammad

SEBUYAU, 6 Nov: Masalah kemasukan air masin ke beberapa kawasan di Parlimen Kota Samarahan diyakini dapat diatasi dengan pembinaan benteng laut yang bermula dari Sebangan hingga Sebuyau.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata kerajaan telah memperuntukkan lebih RM600 juta bagi pembinaan benteng laut yang merupakan antara komponen utama pembangunan fizikal yang dirancang di bawah Agensi Pembangunan Bersepadu Wilayah Samarahan (IRSDA).

“Projek yang telah saya luluskan yang akan memberi kesan yang amat positif kepada masyarakat setempat adalah projek benteng untuk mengelak air masin daripada memasuki kawasan pertanian.

Kerajaan telah memperuntukkan RM650 juta untuk kita bangunkan benteng dan ini akan memberikan kesan baik kepada pembangunan pertanian dan juga jalan di kawasan ini,” kata Abang Johari.

Mengulas lanjut mengenai isu air yang berlaku di kawasan itu baru-baru ini, Abang Johari berkata masalah tersebut akan diatasi segera dengan memberi jaminan masalah bekalan air akan dapat diatasi dengan baik.

“Apa yang nak saya sampaikan di sini adalah bahawa kawasan ini akan membangun dengan cepat dengan adanya pembangunan infrastruktur yang kita bangunkan di seluruh kawasan IRSDA,” jelasnya.

Dalam pada itu, Abang Johari berkata pembangunan sosioekonomi juga terus dipertingkatkan apabila kerajaan meluluskan projek perumahan mampu milik di Ladong untuk memberi kemudahan kepada masyarakat di kawasan tersebut.

“Kita akan juga membangunkan Sebuyau Township dan tapaknya sudak kita kenal pasti,” katanya ketika melakukan lawatan kerja ke Sebuyau.

Turut hadir Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah dan Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak Datuk Julaihi Narawi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan