Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Fatimah yakin calon wanita tidak akan terpinggir dalam PRN12

KUCHING, 6 Nov: Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah melahirkan keyakinan calon wanita tidak akan terpinggir dalam Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12).

Beliau yang juga Ketua Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berkata dari segi bilangan calon wanita sama ada muka baharu atau lama akan diumumkan sendiri presiden yang juga pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Ketua Menteri.

“Saya yakin Presiden Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg tidak akan meminggirkan calon wanita pada PRN12.

“Seperti dikatakan Ketua Menteri semalam, belum sampai masanya untuk beliau umum calon-calon yang akan mewakili GPS daripada empat parti komponen namun saya percaya Abang Jo lebih arif dan seorang yang bijak dalam mempertimbangkan soal calon yang akan dilipih termasuk dari kaum wanita.

“Pertimbangan beliau (Abang Johari) kata Fatimah selalunya memastikan wanita tidak akan terpinggir dalam dasar termasuk dalam politik,” jelas Fatimah.

Jelasnya, di dalam PBB sendiri, perbincangan dibuat dan kemudian keputusan dibuat oleh rakan-rakan GPS yang lain.

Beliau sebelum itu menyampaikan bantuan peniaga dan penjaja kecil di bawah Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 6.0 dan geran kepada Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia Cawangan Sarawak di Bangunan Baitulmakmur II di sini hari ini.

Dalam masa yang sama, beliau turut berharap, satu ketika nanti, politik negara akan sampai ke peringkat yang tidak memandang gender atau jantina.

“Maknanya kita melihat kepada keupayaan dan kebolehan seseorang itu sendiri. Kalau kita dah sampai ke peringkat itu, ia satu kejayaan besar kepada wanita di Sarawak,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan