Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Abang Johari beri bayangan Penyandang DUN Daro akan dikekalkan untuk PRN-12

ByAkma Salleh

DARO, 6 Nov : Penyandang kawasan Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro Safiee Ahmad dijangka akan dicalonkan semula di kawasan Daro untuk mewakili Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-12 akan datang. 

Bayangan ini diberikan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dalam sidang media selepas Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Dewan Masyarakat Daro pada Jumaat. 

“Saya belum lagi ada masa untuk menamakan calon kerana saya mesti berbincang dengan rakan-rakan dalam Gabungan Parti Sarawak. 

“Tetapi kawasan Daro ini diwakili oleh Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dan saya melihat wakil di Daro ini telah bekerja dengan baik, dan tidak salah untuk kita mencalonkannya semula dalam pilihan raya akan datang,” ujarnya. 

Dalam perkembangan lain, daerah Daro yang terletak di pesisir sungai telah dikenal pasti sebagai lokasi yang sesuai bagi tujuan pertanian dan ternakan ikan untuk meningkatkan ekonomi penduduk di kawasan tersebut.

Menurut Abang Johari, bagi tujuan itu, Daro mesti mempunyai infrastruktur yang lebih baik.

“Seperti saya katakan, kawasan ini sesuai untuk pertanian dan penternakan ikan.

“Tetapi yang penting ialah kawasan ini perlu mempunyai infrastruktur jalan yang baik termasuklah perhubungan jambatan dan pembekalan elektrik dan air yang sekarang ini sedang dilaksanakan di beberapa tempat.” tegasnya.

Pada Jumaat, beliau telah menghadiri Perasmian Masjid Al-Muhsinin Daerah Daro dan kemudian merasmikan Projek Bandar Baru Daro Fasa 2 yang merupakan sebuah projek berimpak tinggi untuk mengubah sosioekonomi masyarakat dan landskap Daro pada keseluruhannya.

Antara projek yang dirancang dan akan dibina di kawasan seluas 5.19 ekar itu adalah 10 unit kedai mini setinggi dua tingkat, 20 unit rumah kedai setinggi dua tingkat, dan 10 unit industri kotej.

Projek ini akan bermula pada Disember tahun ini dan mengambil masa kira-kira enam bulan untuk disiapkan. – TVS

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan