Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Rekod cemerlang GPS jaga rakyat sewaktu pandemik beri kelebihan

PRESTASI dipamerkan Gabungan Parti Sarawak (GPS) sewaktu menguruskan pandemik dijangka akan diterjemahkan dalam bentuk undi sokongan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-12 Sarawak ini.

Sekiranya jangkaan ini menepati sasaran, parti pembangkang yang memasang angan -angan dijangka tidak berupaya ‘mara’ jauh.

Pandangan ini dikongsi oleh penganalisis politik, Profesor Dr Sivamurugan Pandian dari Universiti Sains Malaysia (USM).

Jelasnya, walaupun terdapat peningkatan kes COVID -19 di Sarawak, cara kerajaan negeri menangani pandemik serta memastikan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat dipatuhi serta menjaga kebajikan rakyatnya sepanjang tempoh sukar telah mencerminkan keberkesanan pentadbiran kerajaan GPS.

“Dalam kata lain, GPS telah membuktikan kemampuan mereka mentadbir Sarawak. Ini memberikan mereka rekod yang baik dan kemungkinan akan mengekalkan sokongan dalam PRN kelak,” katanya kepada TVS.

Pada masa sama, beliau percaya, rakyat Sarawak yakin dengan cara GPS menangani situasi getir apabila menjadi antara negeri terawal yang mana populasi rakyatnya menerima dua dos suntikan vaksin melebihi 85 peratus.

“Jelas Kerajaan Sarawak berkeupayaan dalam urusan vaksinasi penduduknya termasuk di kawasan luar bandar yang dilihat jauh lebih berjaya dari beberapa negeri lain,” katanya.

Sementara itu, diajak ‘bersembang’ soal ketokohan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, Sivamurugan berkata, Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) itu semenangnya terserlah kerana beliau sangat memahami keistimewaan yang terdapat di wilayah terbesar Malaysia itu.

” Mengambil contoh ketika perayaan Hari Gawai pada Mei lalu, Abang Johari turun padang bagi memastikan keadaan terkawal semasa pandemik,” katanya.

Mengulas lanjut, Sivamurugan berpandangan , sekiranya pentadbiran di bawah pembangkang, tidak mungkin keadaan akan terkawal semasa pandemik.

Jelas beliau, dalam situasi seperti pandemik, kebiasaannya kerajaan pentadbir akan mempunyai kelebihan.

“Kelebihan ini adalah kerana GPS merupakan kerajaan pemerintah yang membolehkannya mengurus pandemik selain ketokohan dan pengalaman Ketua Menteri,” jelas Sivamurugan.

Tambah beliau, sudah terdapat tanda-tanda awal kemenangan besar dijangka akan berpihak kepada GPS dan tidak mustahil gabungan itu mampu mempertahankan prestasi cemerlang mereka. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan