Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

PRS akan pertahankan kerusi DUN Baleh

ByDayu Adruce

KUCHING, 5 Nov: Parti Rakyat Sarawak (PRS) berazam untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Baleh dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) ke -12 ini.

Ketua Pergerakan Wanitanya, Datuk Seri Doris Sophia Brodie berkata, hasrat berkenaan ialah bagi meneruskan legasi perjuangan yang ditinggalkan oleh mendiang Tan Sri James Jemut Masing selaku penyandang kerusi DUN itu selama lapan penggal.

” DUN Baleh sangat sinonim dengan mendiang dan juga amat bermakna kepada PRS. Oleh itu, kami perlu bersemangat demi mempertahankan kubu berkenaan,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Timbalan Presiden PRS, Datuk Joseph Salang Gandum berkata , pihaknya akan berbincang dengan isteri mendiang, Puan Sri Corrine Masing untuk mencadangkan nama calon yang akan bertanding di kerusi berkenaan.

Pada masa sama, Joseph Salang menegaskan, PRS telah bersedia untuk berdepan PRN.

” Parti sudah menghantar nama calon kami yang akan bertanding kepada Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg untuk kata putus,” katanya.

Ujar beliau, persetujuan daripada Abang Johari yang Ketua Menteri untuk menempatkan calon-calon yang akan bertanding kelak adalah penting kerana PRS berada di bawah gabungan berkenaan. -TVS

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan