Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Masjid Daro bernilai RM9.5 juta siap

DARO, 5 NOVEMBER: Penantian masyarakat Islam di Daro untuk mempunyai masjid di kawasan itu bakal berakhir dengan terbinanya Masjid Al-Muhsinin Daerah Daro yang bernilai  RM9.5juta.

Masjid yang mampu menampung seramai 1635 orang jemaah dalam satu-satu masa bakal menjadi ikon penyatuan ummah masyarakat di Daro.

Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud sebentar tadi telah merasmikan Masjid Daerah Daro dan menunaikan solat Jumaat berjemaah bersama penduduk di sini.

Ketibaan Tun Taib kira-kira jam 12 tengah hari disambut oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro Safiee Ahmad, Ahli Parlimen Igan Ahmad Johnie Zawawi dan ADUN Kuala Rajang Datu Len Talif Salleh.

Turut hadir pada majlis perasmian ialah Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, Menteri Muda Pembangunan Pelabuhan dan Infrastruktur Datuk Julaihi Narawi, Menteri Muda Hal Ehwal Korporat dan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) Datuk Abdullah Saidol, Ahli Parlimen Tanjung Manis Yusuf Abdul Wahab dan tetamu kehormat yang lain.

 Masjid ini dilengkapi dengan pelbagai kelengkapan moden termasuk bilik kuliah yang boleh memuatkan 142 orang, bilik pengurusan jenazah, dewan makan dan pejabat.

Projek masjid ini dilaksanakan pada tahun 2019 dan majlis pecah tanah telah dilaksanakan pada bulan April 2019.

Sebelum ini pembinaan Masjid Daerah Daro sedikit terjejas akibat Pandemik Covid19 ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan