Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
KUCHING, 12 Okt -- Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pada sidang media selepas mesyuarat khas mengenai Kenyataan Belanjawan Sarawak 2022 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching, hari ini. Kerajaan Sarawak mengumumkan belanjawan berjumlah RM10.136 bilion bagi 2022 berikutan Kerajaan Negeri akan memberi tumpuan untuk membantu rakyat dalam situasi kesan daripada penularan COVID-19.?-- fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA??

Kita pertahankan wakil rakyat yang buat kerja – Abang Johari

DARO, 5 Nov : Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Daro Safiee Ahmad bakal mempertahankan kawasan itu pada Pilihan Raya Negeri Ke-12.

Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg kerana beliau percaya wakil rakyat Daro itu mampu menjalankan tugas dengan baik untuk membantu rakyat.

“Saya belum ada masa untuk menamakan calon kerana saya mesti berbincang dengan pihak GPS, kerana kawasan Daro ini diwakili Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dan saya melihat bahawa wakil di Daro ini telah bekerja dengan baik. Jadi tidak salahlah kita mencalonkan beliau dalam pilihan raya akan datang,” kata Abang Johari.

Abang Johari berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Daro pada Jumaat.

DUN Daro diwujudkan pada 2005 dan ia kali pertama dipertandingkan pada 2006 ketika PRN Ke-9.

Pada ketika itu, Dr Murni Suhaili menjadi wakil rakyat di kawasan itu selama dua penggal iaitu dari 2006 hingga 2011, dan juga dari 2011 hingga 2016 mewakili Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

Ketika PRN Sarawak Ke-11 pada 2016, Safiee Ahmad telah menggantikan Dr Murni mewakili parti yang sama hingga kini.

Safiee pada 2016 menang dengan undi majoriti 4,432 menentang calon dari Parti Amanah iaitu Ibrahim Bayau.

Safiee mendapat 5,001 undi manakala ibrahim hanya memperoleh 569 undi sahaja. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan