Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

GPS berjuang untuk rakyat – Willie Mongin

PADAWAN, 5 Nov : Ahli Parlimen Puncak Borneo, Datuk Willie Mongin menyatakan sokongan penuhnya kepada calon yang bakal ditampilkan oleh Gabungan Parti Sarawak (GPS) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke -12 ini di kawasan parlimen berkenaan.

Ujar Willie yang juga Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, beliau secara peribadi juga menyeru pengundi untuk memberi sokongan yang tidak berbelah bagi kepada calon – calon GPS.

Katanya, sokongan berkenaan bagi memastikan wujudnya kerajaan negeri yang stabil kerana sebelum ini negara pernah berdepan detik ketidakstabilan politik yang meresahkan rakyat.

“Kerajaan Persekutuan sebelum ini pernah mengalami pertukaran kerajaan malahan Perdana Menteri bertukar sebanyak tiga kali. Oleh itu, kita mahukan kerajaan negeri yang kukuh,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri Program Jelajah Agrokomoditi: Jom Bisamah Industri Koko di Kampung Semedang di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Willie berkata, beliau tidak mempunyai masalah untuk bekerjasama dengan GPS kerana gabungan itu merupakan rakan politik yang baik.

” GPS berjuang untuk rakyat dan kenapa kita perlu tukar kerajaan yang membawa pembangunan dan telah membantu Sarawak mencapai lonjakan baharu. Kita patut memberikan sokongan,” katanya. -TVS

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan