Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Brown Rewcastle dikehendaki polis

ByFirdaus Ismail

KUCHING, 5 Nov : Polis Diraja Malaysia (PDRM) meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Pengarang Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown supaya menghubungi Bahagian Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, wanita berkenaan dicari berhubung waran tangkap yang dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Terengganu pada 23 September lalu.

” Berikutan kegagalan untuk hadir pertuduhan kes fitnah terhadap Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah, Clare Brown kini dihendaki polis,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Sebelum ini, Sultanah Nur Zahirah memfailkan saman terhadap Rewcastle-Brown yang didakwa membuat pernyataan yang memalukan terhadap baginda dalam buku The Sarawak Report – The Inside Story of the 1MDB Expose.

Abd Jalil berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat supaya menghubungi Supt Junaidah M.Kasbolah di talian 019-7051222 atau pegawai penyiasat , Asisten Superintendan Mohd. Khairul Ridzuan Khiruddin di talian 017-6404440. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan