Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Tunggu pengumuman rasmi PRN – Awang Tengah

ByFebbright James

KOTA SAMARAHAN, 4 Nov: Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan menasihatkan semua pihak supaya menunggu pengumuman rasmi berkaitan pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.

Katanya, PRN sememangnya harus diadakan dalam tempoh 60 hari selepas Proklamasi Darurat bagi negeri Sarawak ditamatkan.

Bagaimanapun ujar beliau, perkara ini juga bergantung kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menentukannya.

“Secara automatiknya, Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak terbubar setelah Proklamasi Darurat ditamatkan namun buat masa ini, kita harus menunggu pengumuman rasmi,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan cek pampasan bagi projek Bako/Sejingkat/Jalan Pesisir Samarahan (Sektor Samarahan) dan tapak pembesaran Sekolah Kebangsaan Agama Ibnu Khaldun serta Warta Rizab Komunal Bumiputera, di sini, hari ini.

Katanya lagi, status kerajaan Sarawak pada ketika ini adalah ‘caretaker government’.

Semalam, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memberi perkenan supaya Proklamasi Darurat bagi negeri Sarawak ditamatkan.

Menurut Pemangku Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Istana Negara, Datuk Azuan Effendy Zairakithnaini, perkenan Seri paduka baginda terhadap penamatan Proklamasi Darurat bagi negeri Sarawak ini selaras dengan Perkara 40 dan 40 (1A) Perlembagaan Persekutuan.

Untuk rekod, penggal DUN Sarawak telah tamat pada 6 Jun lalu namun pembubaran DUN ditangguhkan susulan pengisytiharan Proklamasi Darurat sehingga 2 Februari 2022 di bawah Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 Sarawak oleh Yang di-Pertuan Agong. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan