KUCHING, 4 Nov : Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan telah menerima pemakluman rasmi daripada Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berhubung perkenan Yang di-Pertuan Agong , Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menamatkan Proklamasi Darurat Sarawak pada 3 November.
Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, berdasarkan Seksyen 3(3) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (Sarawak) 2021, Dewan Undangan Negeri (DUN) hendaklah terbubar pada tarikh Proklamasi Darurat (Sarawak) dibatalkan atau diungkaikan.
” Di bawah Seskyen 3(4) Ordinan yang sama berkehendakkan suatu tarikh pilihan raya umum hendaklah diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh Proklamasi Darurat diungkaikan,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.
Sehubungan itu ujarnya SPR akan mengadakan Mesyuarat Khas bagi membincangkan perlaksanaan pilihan raya tersebut.
” Tarikh mesyuarat akan diumumkan kemudian,” katanya. -TVS