Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

PRN Sarawak ke-12 disaran pada November atau Disember – Dr Wan Junaidi

KUCHING, 4 Nov: Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke -12 dicadangkan untuk dilaksanakan pada bulan ini atau Disember depan berikutan faktor cuaca dan geografi di negeri ini.

Pandangan berkenaan disuarakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar kerana menurutnya , tempoh Januari hingga Mac merupakan permulaan musim landas atau tengkujuh di Sarawak yang lazimnya menyebabkan kejadian hujan lebat, banjir dan angin kencang.

” Oleh itu, berdasarkan pengalaman saya, tidak sesuai untuk kita adakan PRN pada Januari atau Februari kerana akan membahayakan ahli parti serta petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang akan menghantar kotak-kotak undi di pedalaman dengan menggunakan helikopter dan bot,” katanya ketika dihubungi TVS hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas desas desus mengenai tarikh PRN selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) secara rasminya terbubar semalam.

Ini berikutan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menamatkan Proklamasi Darurat bagi Sarawak selepas berunding dengan Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud. 

Susulan perkembangan itu, SPR mempunyai tempoh 60 hari bagi menetapkan tarikh PRN Sarawak ke-12.

Sementara itu, mengulas mengenai prosedur operasi standard (SOP), Wan Junaidi melihat amalan yang ditetapkan bagi PRN Melaka tidak sesuai dilaksanakan di Sarawak.

Menurutnya, ini kerana Sarawak dan Melaka berbeza terutamanya faktor geografi yang membuatkan SOP tersebut sukar untuk diguna pakai.

“Sarawak mempunyai 40 peratus masyarakat di pedalaman dan mereka tidak boleh menggunakan peralatan digital, kesukaran akses Wi-Fi, telefon dan sebagainya. Jadi, akhirnya, komunikasi pihak tertentu untuk berkempen menerusi digital tidak akan boleh dilaksana di Sarawak,” tambahnya lagi.

Justeru, Wan Junaidi berpendapat bahawa Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM) perlu mengadakan perbincangan bersama Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JBPN) Sarawak bagi menggubal SOP baharu berlandaskan keadaan dan undang-undang negeri Sarawak. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan