Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Musim tengkujuh diramal bermula 3 Nov 2021

KUALA LUMPUR, 4 Nov : Musim timur laut diramalkan bermula dari semalam 3 November 2021 hingga Mac 2022.

Menurut Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), hujan lebat dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor bermula November 2021 hingga Januari 2022.

Sementara di Sabah dan Sarawak, hujan lebat diramalkan bermula pada Januari hingga Februari 2022.

MetMalaysia berkata, kawasan berkedudukan rendah dan kawasan kerap dilanda banjir di negeri-negeri terlibat dijangka akan berdepan dengan risiko banjir.

Banjir dijangka lebih buruk sekiranya hujan lebat berlaku serentak dengan air pasang besar dan ribut.

Tiupan angin timur laut secara berterusan dan kencang boleh mengakibatkan laut bergelora dan ombak besar di perairan Laut China Selatan selain kawasan pantai yang mengalami risiko kenaikan paras laut.

“Justeru orang ramai diingatkan untuk bersiap sedia menghadapi musim tengkujuh dan sentiasa peka dengan amaran hujan lebat, angin kencang dan laut bergelora”, ujar MetMalaysia.

Segala maklumat lanjut boleh didapati dalam laman web www.met.gov.my, aplikasi myCuaca, dan laman media sosial MetMalaysia. – TVS

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan