Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Guru wanita maut kereta dipandu langgar pembetung

ByKhairil Zharif Affindie

SERIAN, 4 Nov : Seorang guru wanita meninggal dunia selepas kereta dipandunya terbabas dan melanggar pembetung konkrit di simpang Sorak , Kilometer 5 , Jalan Serian Tebedu pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintendan Alexson Naga Chabu berkata , akibat pelanggaran berkenaan sekitar jam 7.20 pagi, mangsa cedera parah di bahagian kepala dan leher.

“Mangsa yang berusia 29 tahun itu tersepit di bahagian hadapan kereta dan disahkan meninggal dunia oleh petugas dari Hospital Serian,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, mangsa yang memandu kereta Perodua Bezza itu dipercayai dalam perjalanan ke arah Tebedu dari Serian.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Serian, James Ak Gani berkata, seramai lapan anggotanya dikerahkan ke tempat kejadian untuk mengeluarkan mangsa.

“ Pihak bomba perlu berhati – hati kerana kejadian berlaku ketika hujan serta keadaan permukaan jalan raya yang basah,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan