KUCHING, 4 Nov: Ketua Menteri , Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg telah menyaksikan Majlis Menandatangani Kontrak di antara Brooke Dockyard and Engineering Works Corporation Sarawak dengan Sarawak Shell Berhad (SSB) bagi kerja-kerja Kejuruteraan, Perolehan dan Pembinaan (EPC) sebuah struktur luar pesisir untuk projek pembangunan gas lapangan Timi.
“Saya memuji Shell kerana memulakan langkah berani ini yang sesuai dengan agenda ekonomi hijau Sarawak serta membolehkan peralihan tenaga yang lebih pantas.
“Saya juga menantikan pelaburan seterusnya di Bintulu seperti loji gas darat serta kemudahan lain di luar pesisir,” ujar Abang Johari.
Terletak sekitar 200 kilometer (km) luar pesisir Sarawak, pembangunan Timi bakal menyaksikan platform ‘wellhead’ milik SSB yang pertama yang dikuasakan oleh hibrid tenaga diperbaharui solar dan angin.
Yang turut hadir, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sarawak dan Sabah) ; Dato Hanifah Hajar Taib, Pengerusi Brooke Dockyard and Engineering Works Corporation Sarawak, Datu Safri Zainuddin dan Naib Presiden Kanan Pengurusan Petroleum Malaysia Petronas, Firouz Mohammad Asnan. -TVS