Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

TYT kurniakan darjah kebesaran, pingat kepada 126 penerima

SIBU, 3 Nov: Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud pada hari ini mengurniakan darjah kebesaran dan pingat negeri Sarawak kepada 126 penerima.

Mendahului senarai penerima Darjah Jasa Bakti Sarawak (D.J.B.S) yang membawa gelaran Datu adalah Setiausaha Tetap Kementerian Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Sarawak, Datu Kameri Affandi.

Majlis diteruskan dengan pengurniaan pingat Johan Perkhidmatan Cemerlang (J.P.C.) kepada dua penerima iaitu Nicholas Sia Yit Shing dan Hang Tuah Merawin.

Tun Taib mengurniakan Darjah Jasa Bakti Sarawak (D.J.B.S) yang membawa gelaran Datu kepada Setiausaha Tetap Kementerian Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Sarawak, Datu Kameri Affandi.

Pengurniaan pingat selanjutnta diberikan kepada 12 penerima Pingat Perwira Negeri (Gangsa) (P.P.N.) yang julung kali dianugerahkan oleh TYT khusus buat veteran-veteran barisan hadapan anggota keselamatan negara yang didahului Engkang Sigaw.

Manakala penerima tunggal Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak Pegawai Bintang Kenyalang (P.B.K) pada majlis pengurniaan ini adalah Ling Bee Lang @ Choo Bee Lang.

Seramai tujuh penerima seterusnya dianugerahkan dengan Pingat Pentadbiran Awam Pingat Perkhidmatan Bakti (Perak) (P.P.B), manakala bagi Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak Ahli Bintang Sarawak (A.B.S) mempunyai seramai 12 penerima.

Pingat Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak Ahli Bintang Kenyalang (A.B.K) pula dianugerahkan kepada 13 penerima, dan Pingat Pentadbiran Awam Pingat Perkhidmatan Terpuji (Gangsa) (P.P.T) pula menyaksikan seramai 19 penerima.

Majlis pengurniaaan diakhiri dengan pemberian Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak Bentara Bintang Sarawak (B.B.S) kepada 59 penerima.

Turut hadir di majlis tersebut adalah Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib, Menteri Muda Pembangunan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Datu Len Talif Salleh, Menteri Muda Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi, Dr Annuar Rapaee, dan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Datuk Amar Jaul Samion. – TVS

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan