Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Toh Puan Raghad hulur sumbangan pada Majlis Jalinan Kasih di Sibu

SIBU, 3 Nov: Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib menyampaikan sumbangan peribadi kepada penerima individu, badan bukan kerajaan (NGO) dan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) pada Majlis Jalinan Kasih yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di sini petang tadi.

Dalam majlis tersebut, lebih 50 individu yang terdiri daripada ibu tunggal, keluarga asnaf dan golongan kurang upaya telah menerima bantuan manakala sumbangan bernilai RM5,000 diberikan kepada lima NGO bagi menghargai sumbangan mereka kepada masyarakat di Sibu.

NGO berkenaan adalah Pusat Perkhidmatan Warga Emas Sibu, Pusat Aktiviti Warga Emas Sibu, PERKIM Wanita Cawangan Sibu, Persatuan Ibu Tunggal Zon Tengah Sibu, dan Jawatankuasa Rumah Panjang Nangka.

Pada majlis yang sama, Toh Puan Raghad turut menyampaikan geran daripada Jabatan Kebajikan Negeri Sarawak kepada empat PPDK iaitu PPDK Murni Dudong, PPDK Muhibbah Bawan, PPDK Nur Qaseh Nangka, dan PPDK Sibu dengan jumlah geran keseluruhan sebanyak RM444,000.

Toh Puan Raghad (kanan) menyampaikan bantuan daripada Jabatan Kebajikan Negeri Sarawak kepada wakil PPDK Murni Dudong Sibu semasa Majlis Jalinan Kasih di Sibu.

Majlis turut dihadiri Datin Asiah Awai, isteri kepada Menteri Muda Pembangunan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datu Len Talif Salleh, Residen Sibu Wong Hee Sieng, Temenggong Datuk Vincent Lau Lee Ming, dan Penghulu Datin Dayang Fathiah Tun Datuk Patinggi Abang Muhd Salahuddin. – TVS

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan