Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Pengunjung dan pemilik kelab malam dikompaun RM290 ribu

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 3 Nov : Polis mengeluarkan kompaun keseluruhan berjumlah RM290,000 selepas menyerbu dua buah premis hiburan di pusat bandar malam tadi.

Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, Datuk Azman Ayob berkata, dalam operasi pertama, sebanyak 30 kompaun berjumlah RM150,000 dikeluarkan terhadap pengunjung manakala pemilik turut dikompaun sebanyak RM25,000.

Ujar beliau, pemeriksaan di premis kedua pula telah menyaksikan 18 individu dikompaun membabitkan jumlah keseluruhan RM90,000 manakala pemilik turut didenda RM25,000.

“Menerusi operasi malam tadi, seramai 23 pengunjung turut diarahkan menjalani ujian saringan air kencing namun kesemua mereka negatif bahan terlarang.

“Bagaimanapun, polis akan meningkat operasi seumpama ini dalam usaha menghentikan penularan COVID-19,” katanya.

Beliau memberitahu, kompaun yang dikeluarkan adalah kerana mengingkari Peraturan 17, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit, Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa Empat 2021 iaitu melakukan aktiviti terlarang dalam kelab malam semasa tempoh berkenaan. – TVS

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan