Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Jasad Tan Sri Datuk Amar Dr James Jemut Masing selamat disemadikan

ByFebbright James

KUCHING, 3 Nov : Upacara pengebumian mendiang Tan Sri Datuk Amar Dr James Jemut Masing selesai pada kira-kira jam 2.30 petang tadi di Taman Peringatan Nirvana di Bau.

Perarakan kenderaan yang membawa jasad mendiang sambil diiringi pasukan keselamatan tiba sekitar jam 2.00 petang selepas mereka meninggalkan Christian Ecumenical Worship Centre, Association of Churches of Sarawak, di Jalan Stampin pada kira-kira jam 1.30 petang.

Terdahulu, acara bermula dengan upacara sembahyang pada jam 6.30 pagi di kediaman mendiang di Jalan Ong Tian Swee sebelum jasad beliau dibawa ke Christian Ecumenical Worship Centre.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan isteri Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang tiba kira-kira pada jam 9.00 pagi untuk memberikan penghormatan terakhir.

Abang Johari yang sebelum ini meluahkan kesedihan berikutan kematian mendiang yang merupakan sahabat dalam barisan Pentadbiran Negeri kelihatan sebak ketika menghampiri keranda mendiang yang diletakkan bendera Sarawak.

Pada masa yang sama, beberapa ahli Kabinet lain turut kelihatan, antaranya Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Acara di Taman Peringatan Nirvana menyaksikan Pastor Elizabeth Enjut dan Bishop Rev. Bonnie Sedau mengetuai upacara sembahyang sebelum jasad mendiang dikebumikan mengikut amalan Kristian.

Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Undang -Undang dan Adat Bumiputera) Datuk John Sikie Tayai yang mewakili Kerajaan Negeri kemudian menyerahkan bendera Sarawak kepada balu mendiang Puan Sri Dato Corrine Masing sejurus upacara selesai kira-kira pada jam 3.15 petang.

Turut kelihatan memberi penghormatan terakhir adalah Menteri Muda Belia dan Sukan, Datuk Snowdan Lawan. – TVS

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan