Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
RON95 RON97 柴油价 保持不变

Harga RON97 naik 9 sen seliter, RON95 dan diesel kekal – MOF

KUALA LUMPUR, 3 Nov: Harga runcit petrol RON97 naik sebanyak 9 sen seliter iaitu daripada RM2.97 seliter kepada RM3.06 seliter sementara harga runcit RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan memaklumkan harga runcit diesel kekal pada paras RM2.15 seliter bagi tempoh 4 hingga 10 November 2021.

Kenyataan itu juga menyebut bahawa harga itu berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk itu telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu juga menyebut kerajaan akan terus memantau kesan daripada perubahan harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan serta kesejahteraan rakyat terus terpelihara. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan