Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
KUCHING, 16 Ogos -- Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pada pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Sarawak di Bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di Petra Jaya hari ini. -- fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

Kerajaan Sarawak beri habuan kejayaan atlet paralimpik

ByFebbright James

KUCHING, 2 NOV: Kerajaan negeri Sarawak telah bersetuju untuk memberikan insentif masing-masing bernilai RM 500,000 dan RM300,000 kepada dua atlet paralimpik berikutan kejayaan mereka  di Sukan Paralimpik Tokyo 2020.

Menurut Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, insentif tersebut diberikan kepada Bonnie Bunyau dan Jong Yee Khie sebagai menghargai sumbangan mereka yang telah mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa.

“Kejayaan ini membuktikan Sarawak sememangnya berada dalam kelasnya yang tersendiri dalam melahirkan atlet yang berprestasi tinggi.

“Oleh itu, kerajaan negeri bersetuju untuk memberikan insentif sebanyak RM500,000 kepada Bonnie Bunyau dan insentif sebanyak RM300,000 diberikan kepada Jong Yee Khie”, katanya ketika menyampaikan insentif berkenaan di Wisma Bapa hari ini.

Bonnie sebelum ini berjaya meraih pingat emas sekaligus berjaya memecah rekod acara powerlifting manakala Jong Yee Khie berjaya meraih pingat perak dalam acara yang sama.

Abang Johari menyifatkan kejayaan ini sebagai bukti kejayaan yang tidak terletak pada fizikal semata-mata tetapi datang dari semangat yang tidak mengenal erti mengalah.

Beliau berharap atlet dari Sarawak terus menanamkan semangat “Agi idup agi ngelaban” bagi mana-mana acara.

“Saya dimaklumkan kedua-dua atlet kita akan menghadiri latihan di Bukit Jalil bagi persiapan ke World Championship Georgia, Rusia akan datang,”ujarnya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan