KUCHING, 2 Nov: Hubungan dua hala Sarawak-Indonesia terjamin ketika di bawah bimbingan Timbalan Ketua Menteri Sarawak, mendiang Tan Sri Datuk Amar Dr James Jemut Masing, kata Konsulat Jenderal Republik Indonesia Bapak Hasani Edelin.
Bapak Hasani, yang ditemui pemberita TVS di perkarangan kediaman mendiang, berkata hubungan dua hala itu akan terus dijaga walaupun selepas pemergiannya.
“Hubungan dua hala akan terus dipertingkatkan lagi pada masa akan datang.
“Saya, mewakili pihak kami, ingin menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang,” katanya lagi. – TVS