Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Mangsa banjir di Kedah terus meningkat

ByBernama

ALOR SETAR, 1 Nov: Jumlah mangsa banjir di Kedah terus meningkat kepada 546 orang daripada 160 keluarga setakat 8 pagi ini berbanding 523 orang daripada 159 keluarga pada sebelah malam tadi.

Ketua Bahagian Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah Mejar (PA) Mohd Muaz Mohd Yusof berkata 11 mangsa dipindahkan di daerah Pendang dan 26 orang di daerah Kota Setar.

Bagaimanapun, beliau berkata sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Pokok Sena iaitu Masjid Sungai Durian yang menempatkan 14 mangsa daripada enam keluarga sebelum ini telah pun ditutup sepenuhnya, katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya PPS Dewan Rakan Sukan, Tanah Merah di Pendang menempatkan 199 mangsa manakala 22 orang ditempatkan di PPS Surau Permatang, di Pokok Sena dan PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Langgar adalah bagi daerah Kota Setar.

Tujuh PPS yang masih beroperasi di Baling ialah SK Tanjung Pari, SK Siong, Dewan Orang Ramai Banggol Derom, SK Titi Gantung, SK Tengku Putera, SK Pulai dan SK Keda yang keseluruhannya masih menempatkan seramai 279 mangsa banjir setakat pagi ini iaitu sama seperti malam tadi.

— BERNAMA

Tags: #bm, Banjir, Kedah

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan