Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

SOP berjalan seperti biasa di pengebumian Tan Sri James Masing

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 31 Okt: Prosedur operasi standard (SOP) upacara pengebumian mendiang Tan Sri James Masing masih berjalan seperti biasa.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail ketika dihubungi berkata upacara penghormatan terakhir di rumah serta di Association of Churches in Sarawak pada 3 November kelak, akan mematuhi SOP yang ditetapkan seperti mengimbas kod QR MySejahtera, menjaga penjarakan, menggunakan cecair pembasmi kuman serta memakai pelitup separuh muka.

“Anggota polis akan ditugaskan di tempat-tempat yang terlibat untuk memantau serta memastikan SOP sentiasa dipatuhi,” jelas Aidi.

Tan Sri James Masing menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Normah pada jam 7.05 pagi tadi akibat komplikasi jantung.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan