Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
KUCHING, 12 Okt -- Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pada sidang media selepas mesyuarat khas mengenai Kenyataan Belanjawan Sarawak 2022 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching, hari ini. Kerajaan Sarawak mengumumkan belanjawan berjumlah RM10.136 bilion bagi 2022 berikutan Kerajaan Negeri akan memberi tumpuan untuk membantu rakyat dalam situasi kesan daripada penularan COVID-19.?-- fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA??

Saya kehilangan rakan yang banyak menyumbang kepada Sarawak – Abang Johari

LAWAS, 31 Okt : Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menzahirkan rasa sedih atas kehilangan Tan Sri James Jemut Masing yang meninggal dunia awal pagi tadi akibat komplikasi COVID-19.

Kata Abang Johari, mendiang merupakan antara pemimpin veteran yang banyak menyumbang kepada negeri dan berjasa kepada rakyat.

Berkongsi kenangan terakhir bersama mendiang, Abang Johari berkata, mereka bertemu kali terakhir dalam satu mesyuarat sebelum James Jemut dimasukkan hospital selepas dijangkiti virus berkenaan.

“Beliau adalah seorang rakan dalam kerajaan yang telah banyak memberi sumbangan untuk menguruskan negeri . Beliau telah berkongsi banyak idea semenjak menjadi Ahli Kabinet di bawah pentadbiran Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud , ketika era Allahyarham Pehin Sri Tan Sri Datuk Patinggi Adenan Satem dan juga di bawah saya,” katanya.

Abang Johari berkata, berdasarkan pengalaman berkhidmat di bawah tiga Ketua Menteri, James Jemut telah memberikan sumbangan yang besar dan beliau secara peribadi amat sedih ketika menerima berita berkenaan hari ini.

“Saya sudah tentu merasakan kehilangan yang besar sebagai seorang rakan, seorang ahli kabinet yang telah menyumbang jasa kepada masyarakat luar bandar dan kaum Dayak yang mana kita mempunyai dasar yang seimbang kepada semua kaum,” katanya.

Menurut Abang Johari, Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan meneruskan perjuangan mendiang sebagai Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS). -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan