Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Peruntukan koridor ekonomi usaha kerajaan kecilkan jurang pembangunan bandar, luar bandar

ByBernama

JOHOR BAHRU, 31 Okt: Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) menyifatkan peruntukan RM690 juta untuk lima koridor pembangunan ekonomi termasuk Iskandar Malaysia dalam pembentangan Bajet 2022, membuktikan keprihatinan kerajaan bagi mengurangkan jurang pembangunan antara bandar dan kawasan luar bandar.

Ketua Eksekutifnya Datuk Ismail Ibrahim dalam kenyataan hari ini berkata, peruntukan itu adalah untuk pelbagai projek, program dan inisiatif pembangunan sosial, insaniah dan infrastruktur yang akan memanfaatkan rakyat di wilayah ekonomi Iskandar Malaysia.

Seiring dengan program menjana peluang pekerjaan di Iskandar Malaysia, beliau turut menyambut baik inisiatif Jamin Kerja Keluarga Malaysia (JaminKerja) bagi menjamin penyediaan 600,000 peluang pekerjaan melalui peruntukan RM4.8 bilion.

 Dalam konteks Iskandar Malaysia, Ismail berkata Geran Pekerjaan Iskandar Malaysia (IMEG) dalam bentuk geran padanan telah mewujudkan 1,811 peluang pekerjaan di 252 syarikat, melibatkan 65 peratus dalam sektor pembuatan dan 35 peratus dalam sektor perkhidmatan dengan 70 peratus daripadanya diisi oleh wanita.

“Kumpulan yang mendapat manfaat adalah Orang Kurang Upaya, pesara, mereka yang diberhentikan kerja dan kalangan graduan menganggur,” katanya.

Mengenai pakej pembiayaan bernilai RM40 bilion di bawah Program Semarak Niaga Keluarga Malaysia (SemarakNiaga), Ismail berkata pakej ini dijangka mampu membantu perniagaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di seluruh negara termasuk di Iskandar Malaysia.

“Sektor PMKS yang menjadi nadi pertumbuhan ekonomi dan pembangunan negara dan keputusan untuk menyediakan pelbagai kemudahan dan bantuan serta suntikan dana untuk mereka terus berdaya tahan dalam berdepan suasana ekonomi pasca pandemik yang amat mencabar ini amat dialu-alukan,” katanya.

Menurutnya dana khas pelaburan strategik sehingga RM2 bilion untuk menarik pelaburan asing strategik dalam kalangan syarikat multinasional serta peluang pembangunan PKS tempatan akan turut memanfaatkan Iskandar Malaysia.

Ismail turut menyambut baik pembukaan pusat sehenti di Johor yang bernilai RM10 juta pada tahun depan untuk pelawat perniagaan jangka pendek dari Singapura.

— BERNAMA

Tags: #bm, EKONOMI

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan