Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Perdana Menteri sifatkan kematian James Jemut kehilangan besar kepada negara

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR , 31 Okt : Perdana Menteri menyifatkan pemergian Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri James Jemut Masing sebagai kehilangan besar kepada negara amnya dan Sarawak khususnya.

Menurut Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mendiang James Jemut dikenali sebagai seorang pemimpin yang berjiwa rakyat, berpandangan jauh dan berwibawa.

Ujarnya, jasa dan pengorbanan mendiang akan sentiasa dikenang dan mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga mendiang.

” Saya mewakili kerajaan dan seluruh rakyat Malaysia merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang dan semoga diberikan kekuatan serta kesabaran menghadapi saat duka ini,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

James Jemut yang juga Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) itu disahkan meninggal dunia pagi ini pada pukul 7.05 pagi ini di sebuah pusat perubatan swasta di Kuching akibat komplikasi selepas disahkan positif COVID-19 pada bulan lepas.

Mendiang sebelum ini telah dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Umum Sarawak dan dilaporkan telah melengkap dos suntikan vaksin.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut menzahirkan ucapan takziah susulan berita kematian James Jemut.

Najib berkata, beliau mengenali mendiang sebagai seorang pemimpin berjiwa rakyat.

“ Sepanjang mengenalinya, beliau banyak memberi cadangan untuk membantu pekebun kecil dan sektor komoditi di Sarawak,” katanya. -TVS

Tags: #bm, sarawak

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan