Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Malaysia juara kumpulan J, layak ke pusingan akhir Piala AFF Bawah 23

ByFirdaus Ismail

Kredit gambar Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)

KUALA LUMPUR, 31 Okt : Skuad bawah 23 tahun negara berjaya mara ke pusingan akhir Piala AFF tahun depan di Uzbekistan.

Keputusan seri 0-0 yang dicatat sebentar tadi bertemu Thailand sudah cukup untuk menobatkan skuad muda negara selaku juara Kumpulan J pada kempen kelayakan kali ini di Stadium MFF, Ulaanbaatar, Mongolia.

Malaysia yang dibimbing oleh Brad Maloney sebelum ini menewaskan tuan rumah 1-0 dan Laos juga dengan keputusan sama.

Turun dengan misi untuk mengekang skuad muda Gajah Perang mengutip mata penuh, barisan negara yang dikemudi Mukhairi Ajmal menahan serangan bertali arus pasukan lawan sejak wisel permulaan lagi dan berjaya mengikat jiran tertangga hingga tambahan masa lima minit di babak kedua.

Lebih menarik, sepanjang kempen kali ini, skuad muda negara juga tidak bolos. -TVS

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan