Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Joseph tidak nafi sandang jawatan presiden PRS, ganti mendiang Tan Sri James Masing

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUCHING, OKTOBER 31: Timbalan Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Datuk Joseph Salang Gandum tidak menafikan laporan mengatakan beliau bakal memangku jawatan presiden parti berkenaan berikutan kematian penyandang, Tan Sri James Jemut Masing awal pagi tadi.

Mengulas tentang isu ‘pantang-larang’ memandangkan jenazah James Jemut masih berada di kediaman dan masih dalam tempoh berkabung, Joseph Salang berkata, tidak timbul isu tersebut kerana masyarakat Iban meletakkan kepentingan rakyat terlebih dahulu sebelum diri sendiri dan keluarga.

“Sebenarnya ketika masih sakit, mendiang telah berbicang mengenai persediaan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN12) Sarawak, tentang jawatan presiden dan tugas-tugas yang bakal dipikul sekiranya mengambil alih pucuk pimpinan parti,” katanya.

James Jemut yang juga Timbalan Ketua Menteri Sarawak disahkan meninggal dunia pada pukul 7.05 pagi ini di sebuah pusat perubatan swasta disebabkan komplikasi jantung.

Mengulas lanjut, Joseph Salang berkata, PRS telah mengadakan mesyuarat untuk berdepan PRN sejak tahun lepas namun terpaksa dihentikan ekoran peningkatan kes COVID-19.

” Susulan perkembangan terbaharu ini, saya sendiri akan mempengerusikan majlis mesyuarat di ibu pejabat PRS untuk membincangkan persediaan dan hala tuju parti selepas ketiadaan presiden,” katanya.

Menjelaskan lebih lanjut, Joseph Salang berkata, dalam budaya serta adat masyarakat Iban, adalah menjadi amalan biasa untuk membincangkan hal-hal penting semasa urusan jenazah tetapi bukan selepas jenazah diuruskan.

Mengakui terdapat kata-kata kurang menyenangkan berikutan jenazah Masing masih berada di kediamannya serta isu tidak menghormati keluarga mendiang yang masih berkabung, Joseph menyatakan beliau telah memaklumkan kepada Setiausaha Agung PRS, Datuk Janang Bunsu bahawa perkara itu tidak berbangkit.

Mengenai kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Baleh yang kini kosong selepas kematian James Jemut, Joseph berkata, keputusan akan dibuat dalam mesyuarat parti mengenai calon yang sesuai untuk menggantikan Masing dalam PRN kelak. -TVS

Sebelum ini mendiang dilaporkan menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Umum Sarawak ekoran jangkitan Covid-19.

Joseph yang merupakan bekas Ahli Parlimen Julau bagaimanapun berkata terdapat keperluan untuk berbincang dengan balu Masing iaitu Puan Sri Corinne Masing bagi memenuhi pesanan terakhir terakhir mendiang.

Beliau turut melahirkan rasa sebak atas pemergian presidren PRS itu namun baginya, mendiang sudah tentu mahu melihat perjuangan PRS diteruskan.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan