Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri James Jemut Masing meninggal dunia

Timbalan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri James Jemut Masing meninggal dunia

KUCHING, 31 Okt :  Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri James Jemut Masing disahkan meninggal dunia pagi ini di Normah Sarawak Medical Centre, Kuching.

James Jemut, 72, yang juga Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) sebelum ini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Umum Sarawak (HUS) pada 28 September lepas, setelah disahkan positif COVID-19.

Difahamkan beliau meninggal dunia pada jam 7.05 pagi dan dilaporkan telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin Covid-19.

Pada 31 Mei lepas, mendiang kehilangan adik lelakinya, Jantai Masing, 68, yang meninggal dunia akibat COVID-19, sehari sebelum sambutan Hari Gawai.

Ketika itu, James Jemut dilaporkan berkata, adiknya itu berkemungkinan masih hidup sekiranya telah menerima suntikan vaksin Covid-19 kerana anak Jantai, Kudi, yang menjaga ayahnya ketika itu telah menerima vaksin.

Masing yang dilahirkan pada 5 March 1949 berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dari Victoria University dan mula menyertai bidang politik pada 1986 menerusi penglibatan dalam Parti Bangsa Dayak.

Pada 2004, Masing mengasaskan PRS yang menyertai Barisan Nasional sebelum menyertai Gabungan Parti Sarawak pada 2018.

Ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak pada 2016, mendiang berjaya mempertahankan kerusi DUN Baleh setelah menang besar dengan majoriti 4,793.

Ketika itu , Masing meraih undi sebanyak 5,272 berbanding lawannya, Agop Linsong dari DAP yang mendapat 479 undi.

Pada PRN 2011, mendiang turut menang besar di kerusi berkenaan dengan 5,452 undi mengatasi wakil Pakatan Rakyat iaitu Bedindang Anak Manjah dengan majoriti 3,898.

Mendiang mula menyertai pentadbiran Kerajaan Sarawak pada 2011 apabila dilantik sebagai Menteri Pembangunan Tanah dan menjawat jawatan berkenaan sehingga 2016.

Selepas PRN 2016, beliau diberi tugas baharu yang lebih besar iaitu sebagai Timbalan Ketua Menteri.

Selain itu , Masing turut memegang beberapa potfolio penting termasuklah Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pengangkutan.

Pada 2017, beliau merupakan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak.

Timbalan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri James Jemut Masing meninggal dunia

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan