Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

UNIFOR sumbang geran RM15 juta yang pertama kepada 123 sekolah mubaligh

ByFreddy Bohari

(Gambar atas: Uggah menyampaikan beberapa cek kepada ADUN Tarat, Datuk Roland Sagah Wee Inn.)

KUCHING, 30 Okt: Kerajaan Sarawak semalam menyerahkan geran berjumlah RM15 juta kepada 123 sekolah mubaligh di seluruh negeri.

Menerusi Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) di bawah Pejabat Ketua Menteri, ia turut mengagihkan geran tambahan sebanyak RM7 juta kepada 55 rumah ibadat bukan Islam.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, yang bertanggungjawab ke atas UNIFOR, menyerahkan semua geran tersebut di pejabatnya kepada Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) atau wakil mereka yang menerimanya bagi pihak sekolah-sekolah Katolik, Anglikan dan Methodist selain pelbagai rumah ibadat.

Dalam ucapannya selepas majlis penyerahan geran itu, beliau berkata geran tersebut sekali lagi mencerminkan dasar inklusif Kerajaan Negeri di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Uggah berkata Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, telah memperuntukkan jumlah sebanyak RM50 juta bagi tahun 2021 kepada UNIFOR untuk melaksanakan tugasan yang telah diamanahkan kepadanya.

Mengenai geran RM15 juta yang diberikan kepada sekolah-sekolah mubaligh menerusi UNIFOR, beliau berkata ini adalah kali pertama ia diberikan kepada sekolah-sekolah sedemikian.

Uggah menambah, sekolah mubaligh boleh mengharapkan lebih banyak geran sedemikian pada masa depan.

Beliau berkata Kerajaan Sarawak juga telah menyediakan peruntukan tambahan sebanyak RM5 juta untuk membantu pelbagai rumah ibadat dengan kutipan mingguan yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19.

“Ini adalah untuk menampung kos operasi dan perbelanjaan mereka yang lain. Kita akan mengagihkan dana ini tidak lama lagi,” kata Uggah.

Uggah menyuarakan penghargaannya kepada Ketua Menteri yang mengambil berat tentang sekolah mubaligh dan rumah ibadat bukan Islam. – TVS

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan