Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Projek Sarawak-Sabah Link Road bantu lonjak kemampuan utara Sarawak

LAWAS: Projek pakej pertama Sarawak-Sabah Link Road sepanjang 77 kilometer bakal memberi kemajuan yang lebih pesat kepada bandar Lawas .

Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata projek yang dijangka siap pada tahun 2026 itu akan menyediakan akses jaringan pengangkutan yang lebih baik ,selain mampu membuka peluang dan usaha pembangunan yang lebih mampan di Sabah dan Sarawak seiring dengan kemajuan yang berlaku di semenanjung.

“Kita tahu pembangunan di utara Sarawak ini telah kita rancang dengan terperinci kerana kita hendak meningkatkan sosioekonomi di kawasan utara Sarawak dan kita kongsi dengan rakan kita di Sabah kerana kita adalah sebuah keluarga Malaysia” katanya pada Majlis Pecah Tanah Projek Sarawak-Sabah Link Road di Batu 2 Jalan Gelugus pada Sabtu.

Kata abang johari menerusi perancangan kerajaan negeri akan datang, projek laluan baharu itu akan diintergrasikan dengan projek jalan persisir sarawak serta lebuh raya pan borneo yang sekaligus merancakan pembangunan sosioekonomi di Lawas.

Projek Sarawak- Sabah Link Road ini akan melibatkan pembinaan infrastruktur yang menyediakan jalan baharu secara terus anatara Sarawak dan Sabah tanpa perlu melalui negara Brunei.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan