Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Pemakaian songket Sarawak oleh Tengku Zafrul lambang konsep Keluarga Malaysia – Abang Jo

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUCHING, 30 OKTOBER: Keputusan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengenakan sampin songket Sarawak ketika membentangkan Bajet 2022 mencerminkan semangat “Keluarga Malaysia”, satu konsep yang diilhamkan dan dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob baru-baru ini.

Demikian menurut Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg ketika diminta mengulas mengenai pemilihan songket Sarawak untuk dipandankan dengan baju melayu pic oleh Menteri Kewangan tersebut.

Abang Johari berkata pemakaian songket Sarawak sekaligus memberi pengiktirafan terhadap kraftangan tradisional Sarawak yang beliau anggap berpotensi cerah menembusi pasaran antarabangsa.

“Oleh sebab itu, saya telah memberikan peruntukan sebanyak RM10 juta melalui Tabung Fasilitasi Warisan, Kesenian Dan Kebudayaan.

“Usahawan kraf diharap mengambil peluang memasarkan dan mempromosikan produk kraf ke peringkat golbal menggunakan platform yang telah disediakan,” kata beliau.

Pemakaian sampin yang dibawa khas dari Sarawak itu telah mencuri tumpuan ramai kerana difahamkan sampin tersebut dihasilkan sepenuhnya oleh Komuniti usahawan dari Rajang, Sarawak.

“Saya difahamkan kain songket yang digunakan oleh beliau berasal dari Kampung Kuala Rajang, Belawai,”

“Itu baru dari Rajang, belum lagi kain songket yang lain di Sarawak,” ujarnya lagi.

Songket Sarawak yang bermotifkan Kain Berjalur dan Pucuk Rebung ini membawa maksud harapan serta kesetiaan dan mengambil masa tiga bulan untuk dihasilkan.

Konsep Keluarga Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersifat inklusif, dekat dengan rakyat dan menunjukkan satu nilai prihatin serta kasih sayang semua ahli keluarga besar negara

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan