Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Kerajaan Sarawak sambut baik RM4.6 bil peruntukan perbelanjaan pembangunan Sarawak – KM

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUCHING, 30 Okt : Kerajaan Sarawak menyambut baik peruntukan perbelanjaan pembangunan untuk Sarawak sebanyak RM4.6 bilion seperti yang diumumkan dalam Bajet 2022 semalam.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan kerana Sarawak buat kali pertamanya menerima peruntukan terbesar khususnya kepada masyarakat luar bandar.

Jelas beliau, peruntukan yang diumumkan itu akan digunakan untuk meningkatkan lagi infrastruktur asas luar bandar di negeri ini.

“Terdapat beberapa projek pembangunan yang telah dikenal pasti seperti kemudahan jalan raya, bekalan air bersih, bekalan elektrik dan dan ubah suai sekolah-sekolah di seluruh negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada TVS selepas bersarapan bersama masyarakat di Family Cafe di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Abang Johari berkata, Unit Perancangan Ekonomi (EPU) akan bekerjasama rapat dengan Kerajaan Persekutuan supaya perlaksanaan pembangunan ini dapat memberikan manfaat kepada masyarakat luar bandar.

“Kerjasama antara EPU Sarawak dan kerajaan persekutuan sangat penting memandangkan terdapat “injection of funds”iaitu gabungan peruntukan sebanyak RM 7.5 bilion melalui Belanjawan Sarawak 2022 dan RM 4.5 bilion daripada pusat,” katanya.

Sehubungan itu jelasnya, suntikan dana keseluruhan untuk pembangunan luar bandar termasuklah ‘urban suburb’ di Sarawak adalah sebanyak RM11.5 bilion dan membolehkan pembangunan luar bandar akan dijalankan secara menyeluruh.

Katanya, penduduk di kawasan luar bandar tidak dipinggirkan dari segi pembangunan kerana wujudnya keterangkuman antara masyarakat bandar dan luar bandar, termasuklah sektor industri yang baharu.

Beliau turut yakin ekonomi di Sarawak dapat dibangun secara menyeluruh.

Pada masa yang sama, Abang Johari turut memaklumkan bahawa beliau pernah ‘berpesan’ kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk mengelakkan pertindihan antara kedua-dua bajet tersebut.

“Menteri Pembangunan Luar Bandar , Datuk Seri Mahdzir Khalid bersetuju atas cadangan tersebut lalu mewujudkan jawatankuasa teknikal di antara Kementerian Luar Bandar, EPU Kuala Lumpur dengan kerajaan negeri,” tambah beliau. -TVS

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan