KUCHING, 30 OKTOBER: Pusat hiburan keluarga iaitu karaoke berbilik yang bertempat di pusat membeli belah dibenar beroperasi mulai 1 November ini.
Bagaimanapun Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam kenyataannya berkata pengoperasian ini perlu mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.
Untuk sebarang keterangan lanjut berhubung SOP, orang ramai bolehlah merujuk di laman sesawang: https://sarawakdisastermc.com/
Dalam pada itu menurut JPBN Sarawak telah merekodkan sebanyak 646 kes baharu jangkitan Covid-19 hari ini dengan 634 daripadanya merupakan kes-kes daripada kategori 1 dan 2 sementara 12 kes adalah kategori 3,4 dan 5.
Daerah Kuching masih lagi mencatatkan kes harian tertinggi iaitu 166 kes, diikuti Miri 115 kes, Lawas 63 kes, Sibu 62 kes, Bintulu 31 kes, Limbang dan Saratok masing-masing 28 kes.
Daerah lain mencatatkan bawah 20 kes.