Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dan para ahli parlimen mengaminkan bacaan doa sebelum pembentangan Bajet 2022 di Bangunan Parlimen hari ini. --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA KUALA LUMPUR, Oct 29 -- Prime Minister Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob together with Finance Minister Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz and members of parliament offered prayers before the presentation of the 2022 Budget at the Parliament today. --fotoBERNAMA (2021) COPYRIGHT RESERVED

Pembentangan Bajet 2022 berjumlah RM332.1 bilion lancar

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 29 Okt : Kerajaan berjaya membentangkan Bajet 2022 di Dewan Rakyat hari ini dalam suasana tenang tanpa kekecohan seperti yang pernah berlaku sebelum ini.

Bertemakan Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera, Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Zafrul Tengku Abdul Aziz yang segak mengenakan baju Melayu berwarna persia(warna buah pic) lengkap dengan sampin berasaskan songket Sarawak memulakan pembentangan kira – kira pukul 4 petang.

Pembentangan bajet berkenaan yang menggambarkan usaha Keluarga Malaysia untuk bangkit semula memulihkan negara yang teruk dibadai pandemik COVID-19 menurut Tengku Zafrul mengandungi tiga kerangka utama.

” Tiga paksi utama iaitu rakyat yang sejahtera, perniagaan yang berdaya tahan dan ekonomi yang makmur dan mampan memayungi Bajet 2022 yang dijajarkan dengan Rancangan Malaysia Ke-12 telah diadun sebagai kesinambungan pakej rangsangan ekonomi terdahulu,” katanya.

Bajet 2022 yang dibentangkan hari ini jelas memperlihatkan kemampuan kewangan kerajaan untuk melindungi Keluarga Malaysia apabila menyediakan sejumlah RM332.1 bilion yang merupakan nilai tertinggi berbanding bajet -bajet sebelum ini.

Ujar Tengku Zafrul, daripada jumlah itu, kerajaan bercadang untuk menyediakan RM233.5 bilion bagi perbelanjaan mengurus manakala RM75.6 bilion untuk pembangunan serta menyediakan RM23 bilion di bawah Kumpulan Wang COVID-19.

” Sejumlah RM2 bilion pula disediakan sebagai simpanan luar jangka walaupun ini bajet mengembang, defisit fiskal tahun depan diunjur berkurang kepada enam peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berbanding 6.5 peratus tahun ini,” katanya.

Menurutnya, kerajaan memperkenalkan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) sebanyak RM2,000 kepada isi rumah yang mempunyai tiga orang anak atau lebih dengan pendapatan kurang RM2,000.

“Kerajaan juga akan memberikan bantuan tambahan sebanyak RM500 kepada ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan dan berpendapatan bulan sehingga RM5,000,” katanya.

Bajet 2022 juga memberi khabar gembira apabila kerajaan mengumumkan bantuan khas RM700 kepada 1.3 juta penjawat awam Gred 56 dan ke bawah serta RM350 kepada sejuta pesara kerajaan.

” Bantuan khas ini melibatkan peruntukan kewangan sebanyak RM1.3 bilion dan merupakan langkah kerajaan menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam dalam menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat pada tempoh mencabar ini,” katanya.

Selanjutnya, pembentangan berkenaan juga memperlihatkan kerajaan memberi tumpuan kepada Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kesihatan apabila masing – masing menerima peruntukan tertinggi.

Menurut Tengku Zafrul, bagi menyediakan pendidikan berkualiti, Kementerian Pendidikan iaitu sebanyak RM52.6 bilion yang mewakili 16 peratus daripada keseluruhan anggaran perbelanjaan Kerajaan Persekutuan pada tahun depan.

Pada masa sama, beliau menjelaskan, Kementerian Pengajian Tinggi pula bakal menerima peruntukan sebanyak RM14.5 bilion.

” Kementerian Kesihatan menerima peruntukan berjumlah RM32.4 bilion untuk perbelanjaan mengurus dan pembangunan manakala tambahan RM4 bilion khusus untuk meneruskan agenda memerangi virus COVID-19,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan