Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi bercakap pada sidang media selepas pembentangan Bajet 2022 di Bangunan Parlimen hari ini.
--fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

KUALA LUMPUR, Oct 29 -- Minister of Domestic Trade and Consumer Affairs Datuk Seri Alexander Nanta Linggi spoke at a press conference after the presentation of the 2022 Budget at the Parliament today.
--fotoBERNAMA (2021) COPYRIGHT RESERVED

KPDNHEP sambut baik inisiatif kurangkan kos hidup rakyat – Alexander Nanta

KUALA LUMPUR, 29 Okt : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menyambut baik inisiatif kerajaan menerusi Bajet 2022 bagi mengurangkan kos sara hidup rakyat.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, keputusan kerajaan menyediakan peruntukan berjumlah RM200 juta untuk membiayai kos pengangkutan dan pengedaran barangan asas seperti LPG dan petrol ke kawasan luar bandar khususnya Sabah dan Sarawak sangat membantu kumpulan sasar.

” Sekiranya tidak ada program ini, penduduk di Sabah dan Sarawak serta pulau -pulau di Semenanjung terpaksa membayar harga yang mahal untuk mendapatkan barangan keperluan kerana kos pengangkutan,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pembentangan Bajet 2022 oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz di Dewan Rakyat hari ini.

Sementara itu, Alexander Nanta berkata, secara keseluruhannya KPDNHEP menerima peruntukan berjumlah RM1.5 bilion seperti tahun lepas dan jumlah berkenaan mencukupi.

” Tidak seperti kementerian lain, kita tidak perlu peruntukan pembangunan kerana tidak ada projek seperti membina bangunan baharu dan sebagainya,” katanya.

Menurutnya, kementerian itu juga menyambut baik inisiatif-insiiatif untuk memperkasakan perniagaan francais di negara ini selain menggalakan perniagaan dalam talian serta kempen beli barangan Malaysia untuk melonjakkan sektor peruncitan tempatan.

Dalam pada itu beliau berkata, harga baharu kit ujian kendiri COVID-19 yang jauh lebih murah berbanding RM19.90 ketika ini akan diumumkan minggu depan.

“Harga baharu itu dibuat berdasarkan kajian sistematik supaya pengguna tidak terbeban,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan