Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Bajet 2022 : Diskaun 15 peratus untuk bayaran penuh PTPTN

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 29 Okt : Dalam usaha memudahkan proses pembayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), kerajaan bersetuju untuk memberikan diskaun bermula 1 November hingga 30 April 2022.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, tiga pilihan ditawarkan termasuk diskaun sebanyak 15 peratus atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman.

“Pilihan kedua pula peminjam akan menikmati diskaun 12 peratus untuk bayaran sekurang -kurangnya 50 peratus daripada baki hutang dalam sekali bayaran dan ketiga, diskaun 10 peratus melalui potongan gaji,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Bajet 2022 di Dewan Rakyat hari ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan