Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz (dua, kiri) ketika hadir bagi pembentangan Bajet 2022 di Bangunan Parlimen hari ini.
Bajet 2022 bertemakan Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera mendokong tiga paksi utama iaitu memperkukuh pemulihan, membina daya tahan dan memacu pembaharuan.
-- fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA



Bajet 2022 : Bantuan tunai RM2,000 diberikan kepada isi rumah berkelayakan

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR , 29 Okt : Kerajaan akan meneruskan pemberian bantuan tunai langsung secara bersasar, memperkasa aspek pendidikan dan kesihatan awam serta terus menjana peluang pekerjaan menerusi Bajet 2022.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, di bawah strategi Memulih Kehidupan dan Mata Pencarian, kerajaan akan memperkenalkan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dengan beberapa pembaharuan supaya kumpulan yang benar -benar terkesan diberi lebih tumpuan.

Sehubungan itu katanya, BKM akan menyalurkan bantuan sebanyak RM2,000 kepada isi rumah yang mempunyai tiga anak atau lebih dengan pendapatan kurang RM2500.

“Pemberian bantuan ini merupakan peningkat berbanding RM1800 di bawah Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) sebelum ini,” katanya ketika membentangkan Bajet 2020 di Dewan Rakyat hari ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan